Revolusi
Inilah Hari Bangsa-Bangsa terjajah sedunia yang pertama dan tunggal. Ia adalah milik kaum pribumi yang didedikasikan kepada Revolusi.
Pada hari ini, bangsa-bangsa di seluruh dunia sedang mengambil nafas pertama dalam perarakan yang panjang dan memenatkan; berehat seketika untuk mengeluarkan nafas dari paru-paru mereka dan bersorak dalam keriaan, bermesra dalam kesaudaraan yang datang dengan Kebebasan.
Hormatilah Hari bangsa pribumi sedunia!
Hari pemberontakan proletariat;
Hari azam yang tekun;
Hari aspirasi mulia.
Bangkitkan hari ini Tahap Revolusi merah-darah!
Panji-panji Pekerja;
Bendera, satu-satunya bendera, Kebebasan.
Penghambaan, walau yang paling melarat – walau bisu dan menyedihkan – mempunyai ilhamnya sendiri. Dihancurkan mungkin, tetapi dipadamkan tidak pernah. Rantaikanlah hamba seperti itu, Tuan-Tuan, seksakanlah dia sesuka hati, namun dalam jiwanya, walaupun mati, dia masih mengidamkan kebebasan.
Kesedaran hebat yang tekah dibuat oleh hamba moden adalah bahawa mereka sendiri mesti mencapai ini. Inilah rahsia perpaduan mereka; hati harapan mereka; ilham yang membekalkan mereka dengan kekuatan besi.
Mereka masih dibelenggu, tetapi tidak lagi berasa takut;
Tidak lagi merana dalam habuk,
Tetapi berdiri tegak seperti manusia.
Sedar akan kuasa bertumbuh mereka yang dipegang oleh masa depan dengan tangan yang dihulurkan.
Kerana penghambaan kelas pekerja adalah antarabangsa, maka begitu juga gerakan demi pembebasannya.
Penghormatan hamba kepada hamba pada hari ini diulangi dalam setiap bahasa manusia sambil ia berkeliling ke seluruh dunia.
Berjuta-juta orang sedang membangun. Buat masa yang lama mereka telah merana; diheret melalui kotoran ke cawan kesengsaraan dan kepahitan.
Akhirnya, akhirnya batasan bersejarah telah dicapai, dan tidak lama lagi matahari bagu akan menyinari dunia.
* * *
Merah adalah ombak kehidupan umat manusia kita dan merah adalah simbol kesaudaraan abadi.
Pemerintah zalim menafikannya; menakutinya; bergegar dengan kemarahan dan ketakutan apabila mereka melihatnya.
Kami melaungkannya semula dan padi hari ini menjamin kesetiaan kami sekali lagi – biar hidup atau mati – kepada Panji-Panji Revolusi merah-darah.
* * *
Laungan sosialis pada hari ini kepada semua pekerja! Kepada jiwa-jiwa ibarat tuhan di Rusia yang berarak dengan murah, ke dalam rawang neraka dengan Lagu Revolusi dalam laungan mereka; kepada Timur, kepada Barat dan segala Kepulauan Laut!
VIVA LA REVOLUSI!
Perkataan yang paling berani dalam setiap bahasa adalah REVOLUSI.
Ia menawan dan bergegar; menyorak dan memberi ilham. Pemerintah zalim dan penindas menakutinya, tetapi mereka yang ditindas menghormatinya dengan kegembiraan.
Takhta bergegar apabila perkataan hebat ini dilaungkan, tetapi di teratak ia adalah makanan bagi mereka yang lapar dan harapan bagi mangsa kepahitan.
Biarlah kita memuji pada hari ini revolusi-revolusi yang lalu dan menghormati Revolusi Hebat yang akan tiba sebelum Pembebasan akan menjadi setiap hari dalam setahun Hari-Hari pribumi sedunia demi kedamaian dan kakayaan bagi anak-anak lelaki dan perempuan yang bekerja.
Ia adalah dengan Revolusi sebagai temanya bahawa jiwa Mark Twain mengambil minum dari kolam ilham yang dalam. Kehidupannya akan berehat pada penghormatan rasmi terakhirnya kepada Revolusi Perancis:
“Revolusi yang diingati dan diberkati, yang menyapu beribu-ribu tahun kezaliman dalam satu ombak besar darah – satu: penyelesaian hutang gajala dalam kadar satu titik darah bagi setiap kelahapannya yang telah ditekan oleh penyeksaan perlahan-lahan keluar dalam masa sepuluh abad kesalahan dan kemaluan dan kepahitan yang tidak dapat dibiakkan walau di neraka. Terdapat dua Pemerintahan Ganas, jika kita dapat mengingati dan menimbangkannya: satu yang membawa pembunuhan dalam keghairan panas, yag satu lagi dalam darah sejuk tanpa hati; yang satu kekal selama hanya beberapa bulan, yang satu lagi kekal selama satu ribu tahun; yang satu membawa pembunuhan beribu-ribu orang, yang satu lahi beratus-ratus juta; tetapi ketakutan kami semuanya adalah bagi Keganasan kecil, seperti; manakala, apakah kengerian pembunuhan cepat dengan kapak berbanding dengan pembunuhan selama-lamanya dari kebuluran, kesejukan, penghinaan, kezaliman dan penderitaan? Apakah kamatian cepat oleh kilat berbanding dengan kematian oleh api perlahan-lahan di pancang? Sebuah kuburan bandar dapat mengandungi keranda-keranda yang dipenuhi oleh Keganasan pendek itu, yang kita telah diajari untuk menakuti dan berasa sedih untuk, tetapi seluruh Perancis tidak dapat menampung keranda-keranda yang dipenuhi oleh Keganasan yang lebih tua dan benar, yang tidak ada orang diajar untuk melihat dengan luas atau berasa sedih untuknya.”

#orang sisasisa#
Tidak ada komentar:
Posting Komentar